Asraruddin Putra - Google Blog Search |
(GOSIP)Kekasih Maya Mohd <b>Asraruddin Putra</b> Omar Tidak Wujud Di <b>...</b> Posted: 03 Oct 2013 10:19 PM PDT Di alam maya, ada manusia yang memakai identiti orang lain. Jangan sangka avatar yang digunakan di media sosial itu ialah wajah sebenar, kemungkinan gambar yang dipaparkan dicuri dari orang lain. Sebelum ini, sekitar tahun 2008, penulis blog yang menamakan dirinya Maya Darina Dahlan Hain yang menulis di madarina.blogdrive.com, pernah kantoi apabila dia sebenarnya tidak wujud, walaupun telah menjalin hubungan dengan pelakon Pierre Andre dan Maya Darina juga mendakwa menjalin hubungan dengan SM Nasaruddin SM Nasimuddin, yang pada masa itu ialah teman lelaki Marion Caunter. Sebelum ini juga, kecoh apabila penulis blog kisah cinta yang dikatakan kisah realiti, iaitu Bvlgarigirl yang menulis di bvlgarigirl.blogspot.com juga telah kantoi. Beliau dikatakan tidak wujud, sebaliknya hanyalah satu identiti yang dicipta oleh seseorang untuk melakukan blog jualan yang juga milik individu yang sama. Apabila penipuan diketahui, kedua individu ini berusaha untuk memadamkan semua bukti mengenai kisah fantasi mereka dari alam maya dan menghilangkan diri. Apakah kaitan dua kisah ini dengan kisah yang hendak kami sampaikan? Untuk makluman anda, baru-baru ini pemain bolasepak tempatan terkenal, Mohd Asraruddin Putra Omar (juga pemain bolasepak negeri Selangor dan kebangsaan) telah memberi mesej secara terbuka didakwa sebagai 'my love' kepada seorang wanita yang dikatakan kekasihnya, yang bernama Lela Jamaluddin di Instagram. Ramai yang menganggap Lela Jamaluddin menggunakan gaya bahasa yang terlalu kasar untuk seorang perempuan belia, namun secara defensif apabila perkara ini diajukan kepadanya, Lela Jamaluddin menafikannya. Lela banyak memuat naik gambar yang didakwa dirinya melakukan pelbagai aktiviti seharian, namun menyangkal habis-habisan yang dia sebenarnya seorang yang 'palsu'. Mengikut siasatan awal, Lela Jamaluddin sebenarnya cuba untuk memikat Mohd Aidil Zafuan Mohd Radzak, pemain pertahanan pasukan bola sepak kebangsaan yang juga bekas suami Rita Rudaini, tetapi nampaknya Asraruddin yang tersangkut. Kredit kepada Team CSI Cari untuk kesemua maklumat ini. Pas masuk percuma Inspitari 2013 diedarkan untuk hari terakhir iaitu hari ini. Cepat, dapatkan sebelum kehabisan! Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Asraruddin Putra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan