Asraruddin Putra - Google Blog Search |
- Gambar cantik kekasih Mohd <b>Asraruddin Putra</b> Omar yang tidak wujud
- (GOSIP)Kekasih Maya Mohd <b>Asraruddin Putra</b> Omar Tidak Wujud Di <b>...</b>
- Kecoh, Kekasih <b>Asraruddin</b> Sebenarnya Tak Wujud? - KeZooM
Gambar cantik kekasih Mohd <b>Asraruddin Putra</b> Omar yang tidak wujud Posted: 04 Oct 2013 04:53 PM PDT Gambar cantik kekasih Mohd Asraruddin Putra Omar yang tidak wujud - Rupanya seorang wanita jelita dikenali Lela Jamaluddin yang mendakwa sebagai kekasih kepada pemain bolasepak Selangor Mohd Asraruddin Putra Omar tidak wujud dan hanya gambar palsu semata-mata. Daripada siasatan terperinci yang dilakukan oleh geng forum Cari tempatan, mereka mendapati bahawa gambar berkenaan adalah milik seorang wanita yang tinggal di Tanjung Aru, Sabah, dikenali dengan nama Olivia. Mengikut andaian admin, Olivia sendiri mungkin tidak mengetahui gambarnya telah dicuri dan digunakan orang lain. Inilah antara kesan utama akan dialami jika sesuka memuatnaik gambar-gambar cantik di laman sosial untuk tatapan umum. Individu yang menggunakan gambar terbabit dikatakan bertujuan untuk memikat bekas suami Rita Rudaini juga pemain pertahanan pasukan bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, namun tidak berjaya sebaliknya Mohd Asraruddin pula yang terpikat. Terdahulu, pelakon Pierre Andre dan SM Nasarudin juga pernah bercinta dengan gadis jelita yang tidak pernah wujud di dunia realiti. Wanita itu menamakan dirinya sebagai Maya Darina Dahlan Hain dan merupakan penulis blog madarina.blogdrive.com. Bagaimanapun, identiti penulis blog berkenaan berjaya dikantoikan dan terus menghilangkan diri pada tahun 2008. |
(GOSIP)Kekasih Maya Mohd <b>Asraruddin Putra</b> Omar Tidak Wujud Di <b>...</b> Posted: 03 Oct 2013 11:14 PM PDT Di alam maya, ada manusia yang memakai identiti orang lain. Jangan sangka avatar yang digunakan di media sosial itu ialah wajah sebenar, kemungkinan gambar yang dipaparkan dicuri dari orang lain. Sebelum ini, sekitar tahun 2008, penulis blog yang menamakan dirinya Maya Darina Dahlan Hain yang menulis di madarina.blogdrive.com, pernah kantoi apabila dia sebenarnya tidak wujud, walaupun telah menjalin hubungan dengan Pierre Andre dan juga mendakwa menjalin hubungan dengan SM Nasaruddin SM Nasimuddin, yang pada masa itu ialah teman lelaki Marion Caunter. Sebelum ini juga, kecoh apabila penulis blog kisah cinta yang dikatakan kisah realiti, iaitu Bvlgarigirl yang menulis di bvlgarigirl.blogspot.com juga telah kantoi. Beliau dikatakan tidak wujud, sebaliknya hanyalah satu identiti yang dicipta oleh seseorang untuk melakukan blog jualan yang juga milik individu yang sama. Apabila penipuan diketahui, kedua individu ini berusaha untuk memadamkan semua bukti mengenai kisah fantasi mereka dari alam maya dan menghilangkan diri. Apakah kaitan dua kisah ini dengan kisah yang hendak kami sampaikan? Untuk makluman anda, baru-baru ini pemain bolasepak tempatan terkenal, Mohd Asraruddin Putra Omar (juga pemai bolasepak negeri Selangor) telah memberi mesej secara terbuka didakwa sebagai 'my love' kepada seorang wanita yang dikatakan kekasihnya, yang bernama Lela Jamaluddin di Instagram. Ramai yang menganggap Lela Jamaluddin menggunakan gaya bahasa yang terlalu kasar untuk seorang perempuan belia, namun secara defensif apabila perkara ini diajukan kepadanya, Lela Jamaluddin menafikannya. Lela banyak memuat naik gambar yang didakwa dirinya melakukan pelbagai aktiviti seharian, namun menyangkal habis-habisan yang dia sebenarnya seorang yang 'palsu'. Untuk itu pengguna Forum Cari yang terkenal dengan kebolehan penyiasatan online telah menyiasat milik siapa sebenarnya wajah di sebalik nama Lela Jamaluddin. Mengikut siasatan awal, Lela Jamaluddin sebenarnya cuba untuk memikat Mohd Aidil Zafuan Mohd Radzak, pemain pertahanan pasukan bola sepak kebangsaan yang juga bekas suami Rita Rudaini, tetapi nampaknya Asraruddin yang tersangkut. Kredit kepada Team CSI Cari untuk kesemua maklumat ini. BEAUTIFULNARA.COM Incoming search terms:
|
Kecoh, Kekasih <b>Asraruddin</b> Sebenarnya Tak Wujud? - KeZooM Posted: 04 Oct 2013 12:41 AM PDT Kecoh, Kekasih Asraruddin Sebenarnya Tak Wujud? | Kecoh juga bila kisah pemain bolasepak tempatan terkenal, Mohd Asraruddin Putra Omar yang juga pemain bolasepak negeri Selangor telah menulis mesej secara terbuka perkataan 'my love' kepada seorang wanita yang dikatakan kekasihnya. Disebabkan asyik menggunakan gambar yang sama, wanita tersebut yang dikenali sebagai Lela Jamaluddin di Instagram didakwa sebenarnya tidak wujud. Lela bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Berikutan itu, geng forum Cari tempatan berusaha menyiasat, hasilnya mereka mendapati Lela Jamaluddin, telah menggunakan gambar seorang wanita yang tinggal di Kota Kinabalu Sabah, yang dikenali dengan nama Olivia. Olivia yang berasal dari Tanjung Aru dan sudah mempunyai teman lelaki. Dan....kemungkinan besar, Olivia sendiri tidak mengetahui gambarnya yang dicuri dan digunakan oleh orang lain. Mengikut siasatan awal geng Cari, Lela Jamaluddin sebenarnya cuba memikat Aidil Zafuan, pemain pertahanan pasukan bola sepak kebangsaan yang juga bekas suami Rita Rudaini, tetapi nampaknya Asraruddin pula yang melekat. Persoalannya, adakah Asraruddin telah berjumpa dengan wanita ini sebelum memanggilnya 'my love" atau sebaliknya.... Hanya mereka saja yang tahu jawapannya. Artikel Menarik http://beautifulnara.com/gosipkekasih-maya-mohd-asraruddin-putra-omar-tidak-wujud-di-dunia-realiti/ |
You are subscribed to email updates from Asraruddin Putra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan