Jumaat, 16 Disember 2011

Asraruddin Putra - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Asraruddin Putra - Google Blog Search


Video gol highlights final Sukan SEA 2011 Malaysia vs Indonesia <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2011 09:51 AM PST

Puas akhirnya terjawab sudah, Malaysia menjadi Juara acara bolasepak Sukan SEA 2011 ke-26 mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir yang sangat mendebarkan. Menang pingat emas sekaligus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu di Sukan SEA Laos 2009.

Kemenangan ditentukan oleh sepakan penalti berakhir dengan keputusan 4-3 setelah terikat 1-1 sehingga tamat permainan. Gol pertama Indonesia dijaringkan seawal minit ke-5 oleh tandukan pemain Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut. Asraruddin Putra Omar menyamakan kedudukan di minit ke-34 juga hasil tandukan bermula gerakan Baddrol Bakhtiar. Sepakan penalti Malaysia diambil oleh Mahali Jasuli, Fandi Othman, Ahmad Fakri Saarani(miss), Fadhli Shas dan Baddrol Bakhtiar.

Syabas diucapkan kepada semua pemain Harimau Muda, Ong Kim Swee serta semua yang terlibat kerana membawa kegembiraan kepada seluruh peminat bolasepak di Malaysia terutama Baddrol Bakhtiar yang menjalankan tanggungjawab sebagai kapten dengan baik. Sepakan penalti terakhir yang deras oleh Baddrol Bakhtiar tidak mampu diselamatkan penjaga gol walaupun pada awalnya berjaya ditepis.

Pingat emas yang dimenangi oleh Malaysia pada acara bolasepak adalah yang ke-59 di Sukan SEA 2011 untuk kontinjen Malaysia.

Malaysia 1-1 Indonesia | Final SEA Games 2011 | Gol Asraruddin Putra Omar

Malaysia 1-1 Indonesia | 4-3 Penalti | Final SEA Games 2011

video credit to: http://sokernet.com

Gambar dari TheStar Online

nota: dikhabarkan dua penyokong Indonesia meninggal dunia kerana bersesak-sesak di pintu masuk Stadium Gelora Bung Karno sewaktu pertandingan.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Asraruddin Putra Omar

Copyright 2010 All Rights Reserved