Asraruddin Putra - Google Blog Search |
<b>Asraruddin Putra</b> Omar Bakal Ke Internacional FC (Sepanyol) Atau <b>...</b> Posted: 30 Aug 2012 05:34 PM PDT Asraruddin Putra Omar Bakal Ke Internacional FC (Sepanyol) Atau OS Belenenses (Portugal)? | Sebelum ini ammboi ada maklumkan mengenai Dua Kelab Eropah Minat Asraruddin Putra Omar. Ianya merupakan satu berita baik lagi untuk arena bolasepak kebangsaan. Kita berpeluang melihat seorang lain pemain negara berksi di eropah. Namun segalanya masih diperingkat awal, dan jika benar Asraruddin pun mungkin buntu untuk memilih kelab mana yang akan disertainya. Kelab Sepanyol – Internacional FC Sudah Manyatakan Secara Rasmi Kelab Internacional FC, dari Primera Regional (Divisyen Lima Sepanyol), Internacional FC yang berpusat di Santander. telah menyatakan minat secara rasmi terhadap kemampuan Asraruddin Putra Omar kepada Selangor. Apapun rundingan terhadap Asraruddin masih pada peringkat awal kerana kelab Internacional hanya baru bertanyakan harga serta soal gaji yang boleh ditawarkan. Kelab Internacional FC yang baru sahaja ditubuhkan dua tahun lalu merupakan juara Divisyen Enam Sepanyol pada musim 2011/12. Kelab Portugal – OS Belenenses Belum Kemukakan Tawaran Rasmi Sebuah lagi kelab yang berminat terhadap pemain itu ialah dari Liga Segunda (Divisyen Dua Portugal), OS Belenenses. OS Belenenses adalah kelab dari Liga Segunda (Divisyen Dua Portugal), O.S Belenenses, namun belum ada tawaran secara rasmi dikemukakan setakat hari ini kepada FAS. OS Belenenses merupakan antara kelab yang pernah meraih pelbagai kejuaraan di Portugal seperti Piala Portugal sebanyak tiga kali dan menjuarai Piala Intertoto pada 1975. Pengalaman Berlatih Di Eropah – PSV Eindhoven Mungkin eropah agak asing bagi pemain negara. Namun Asraruddin yang berketinggian 1.83 meter,dan pernah mendapat pengalaman menjalani percubaan selama seminggu bersama kelab utama Belanda, PSV Eindhoven pada 2007 boleh menggunakannya sepanjang berada di Portugal atau Sepanyol nanti. Asraruddin Putra Omar Bakal Ke Internacional FC (Sepanyol) Atau OS Belenenses (Portugal)? - Semoga ada berita baik untuk Asra. |
You are subscribed to email updates from Asraruddin Putra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |