Asraruddin Putra - Google Blog Search |
Apa Kata Faliq?: Ceritera <b>Asraruddin Putra</b> Omar Posted: 02 Oct 2012 03:54 PM PDT Hi peeps. Its been awhile since i last posted on this blog, aite? Itu jelah ayat aku. "It's been awhile." Well, life has been kind of rough. To be precise, am now experiencing quite turbulent times in the past few weeks. Full of ups and downs. But still, life goes on. Lets get back to our business. Asraruddin Putra Omar. Bek kiri kebangsaan. Centre back pasukan Selangor. One of my players, dalam Urban Bash Sport Management. Apa cerita? Well, dah keluar newspapers pasal recent interest from a Fifth Division Spanish club, Internacional FC(www.internacionalfc.com). Yes, interest from Segunda Division Portugal, O.S Belenenses hanya secara lisan, dan bukan bertulis. Namun, akibat masalah kewangan yang diperlukan, menjadi penghalang. Bila wartawan Utusan Malaysia, Dayne Azmin menuliskan tentang perkara ini, respon yang diterima ada yang baik, dan ada juga yang tidak mempercayai berita yang disampaikan. Saya sedih apabila menerima khabar bahawa ada sesetengah peminat bola sepak tempatan yang tidak mempercayai berita ini. Well, saya percaya kerana segelintir mereka ini merasakan perkara ini sebagai "too good to be true". Tak salahkan mereka. Mereka sendiri mungkin tak punya cita-cita setinggi ini. Mungkin ada yang tertanya, "Kenapa Asraruddin?" "Kenapa tak Safee Sali?" "Kenapa tak Safiq Rahim?" Sebenarnya, sebelum pasukan dari Sepanyol ini menyatakan minat terhadap pemain ini, telah ada sebuah kelab pertengahan Thailand yang telah menyatakan minat mereka. Saya tidak ingin dedahkan, cuma yang ingin saya nyatakan, saya telah bertanggungjawab membawa Managing Director, serta barisan kejurulatihan menyaksikan perlawanan derby di antara pasukan yang terlibat. Delegasi yang diterbang khas dari seberang itu sebenarnya cukup berminat dengan Asraruddin, namun akibat keliru dengan posisi yang dimainkan oleh Asra, mereka terpaksa batalkan hasrat mereka. Kelab tersebut sedang mencari seorang "natural centreback" manakala Asra ketika itu bermain sebagai centreback hanya untuk pasukan Selangor, dan bukan untuk pasukan kebangsaan. Secara jujurnya, saya juga berpendapat Asra lebih efektif dalam bermain sebagai seorang bek kiri. Sangat sedih, kerana pemain yang saya sifatkan sebagai rendah diri ini masih lagi bermain di Malaysia. Bagi saya, dia merupakan salah seorang Bek Kiri Terbaik Asia Tenggara, dan layak untuk bermain di luar. Pada masih yang tidak percaya, ini merupakan surat rasmi dari Internacional FC. Ini tak sepatutnya saya dedahkan. Namun, i'm a man on a mission. Berbalik kepada persoalan "Kenapa Asraruddin?" Itu satu persoalan yang bakal terjawab kelak. Keseluruhan perkara ini sedang saya usahakan bersama rakan kongsi saya, Abdul Halim Shukor, atau lebih dikenali sebagai Halim Offside. Yang penting, interests daripada kelab merupakan satu perkara yang normal. Namun, orang Malaysia ini lain sikit fikir dia. Bersikap pesimis, dan sebagainya. Mindset ini harus diubah. Pertemuan bersama S/U Agung Selangor sudah dapat direalisasikan dengan beberapa informasi dapat kami perolehi ketika pertemuan tersebut. Apa yang pasti, something big is coming. InsyaAllah. Football today is not about the talent himself, but also how they market themselves which are closely related to business in terms of marketing, commercial wise. That is Modern Football. |
You are subscribed to email updates from Asraruddin Putra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |