
hye semua ! korang mesti rindu and tertunggu tunggu my update kan ?
cehh wahh ! just joking ;) , yela mana tak nya , asal farah update jer semua mengenai
cikk asra farah sorang ni jer kan ? alah .. cakap pun secret admire dia kan ?!
haha . admire lah sangat kan farah oii ! podahhh . Isshh ! seriusly . tak pernah farah
gila macam ni dekat orang lain . semua blog yang tertera ada nama or kaitan pasal kudin semua farah baca . Deal ! hehe :P ,
bercerita pasal blog , farah ni memang suka google tentang apa yang farah suka .
rasanya korang dah tahu sangatkan farah google pasal siapa .
perlu ker farah explain siapa orang nya ? tentu lah kan ... :)
hahh ! take this picture . don't save yaa guys ! just see who's the guys !
maaf ! hanya gambar ni jer
yang termampu ! nak ? mintak lah
sendiri dekat dia*
Asraruddin Putra :))))))) ,
hahh ! farah pun meng google lah mengenai dia . sampai lah terjumpa blog
seorang kakak niy . nama dia Kak Geina . kampung husband dia dekat dgn kampung asra . jiran kalau farah tak silap lah . dekat Kuala Selangor . kak geina tu pun fans
selangor kebetulan ! sejak hari tuu , farah selalu jugak singgah blog dia .
tuan empunya blog tu pun selalu update pasal Asra . so , banyak jugaklah story
pasal kudin farah dapat . farah stalker ?? mana ade ! saje jer , nak dapatkan pengetahuan
am laa~ hah !! baru farah ingat , penampilan pertama Asra untuk liga super masa
3 january 2007 menang 2-1 ... selanjutnya , gol pertama captain jack farah nii , masa
7 julai 2009 :)
and pada tahun 2003 dulu : Pada 3 Mei , membantu wakil Selangor , Sekolah Menengah Seksyen 11 Shah Alam muncul juara Kejohanan Bola Sepak MSSM Manchester United Premier Cup (MUPC) pada perlawanan akhir di Padang Seri Gelam dengan menewaskan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (SMSS) yang mewakili
Terengganu 4-3 dalam perlawanan akhir . asra jugak muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan 8 gol ...
Pada 28 Mei , Asra juga menjaringkan gol emas pada minit ke 11 masa tambahan untuk Selangor menang 4-3 ke atas Perak seterusnya mara ke perlawanan akhir MSSM Bawah 15 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh namun tewas kepada Terengganu 1-3 ... Turut muncul penjaring terbanyak kejohanan
pada tahun 2004 asra Menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil ... Mewakili skuad B-17 Malaysia di Kejohanan Bawah 17 Tahun Asia di Jepun .
2005: Membantu skuad B-18 Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala Lion City Bawah 18 di Singapura ... Malaysia muncul juara ... Bersama-sama Ibnu Kassim , Bunyamin Omar dan Wan Mohd Aliff Jasmi membuat keputusan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini sekaligus tercicir dari persiapan skuad B-20 Malaysia di Yangon
2006: Mewakili skuad Piala Presiden Selangor ... Merupakan pemain termuda dalam skuad ini yang rata-rata dibarisi pemain berusia 21 tahun ... Menyertai skuad B-20 Malaysia di siri perlawanan persahabatan di Eropah ... Mewakili Malaysia di Kejohanan Bawah 20 Asia di Bangalore di bawah jurulatih K Rajagopal tetapi Malaysia gagal di peringkat kumpulan .
2007: Membuat penampilan pertama dalam skuad senior Selangor sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Sarawak pada 3 Januari ... Aksi kurang meyakinkan di posisi sayap kiri dalam beberapa perlawanan bersama skuad senior menyaksikan jurulatih Dollah Salleh hanya menggunakannya sebagai pemain gantian ... Bersama-sama rakan sepasukan Sazali Duwandi terpilih mewakili skuad Malaysia beraksi di Kejohanan Piala Juara-Juara Belia (Champions Youth Cup) . Aksi cemerlang sebagai pemain pertahanan menyaksikan beliau menarik perhatian kelab PSV Eindhoven dari Belanda ... Penghujung tahun, beliau bersama Khairul Fahmi Che Mat menjalani latihan 6 hari bersama skuad PSV di Belanda .
2008: Pada April, mewakili negara dalam Piala Antara Benua yang berlangsung di Kuala Lumpur ... Bermain untuk skuad SUKMA Selangor di Terengganu ... Mewakili negara dalam aksi persahabatan menentang Chelsea ... Dipilih dalam skuad akhir negara bagi menghadapi Piala Suzuki-AFF .
2009: Beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Manchester United ... Menjaringkan gol keempat dan gol tunggalnya pada musim ini ketika Selangor menewaskan Kuala Muda Naza 4-1 dalam saingan Liga Super pada 7 Julai ... Dipilih mewakili Malaysia dalam skuad Sukan SEA Laos, seterusnya mencipta sejarah apabila membantu skuad negara memenangi pingat emas pertama bolasepak sejak 20 tahun .
2010: Membantu Selangor menjulang Piala Sultan Ahmad Shah setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi .
and ............... Asra juga merupakan adik kepada bekas pemain skuad remaja Selangor , Adi Putra Omar . adik lelaki asra pulak nama dia kalau farah tak silap azliudin putra .
adik dia pun aktif bola macam abang dia ni . hahh ! kalau korang selalu meng google
macam farah , hah !! cukup hari bulan , you guys boleh jadik stalker terhebat abad ini ;)
macam farah :P , hehe ... ouh lupa pulak ! farah dapat tahu yang kudin ni jugak kelakar
orang nya . huhuhuhu ! and jangan tanya farah . macam mana farah boleh tahu semua ni ! hah ... dia lah yang selalu membuat farah google sorang2 untuk mendapatkan
info terbaru . hehe ! gurau jer >.< , jangan marah !! Mohammad asraruddin putra :)